Tuesday, 11 December 2018

KALAU TIDAK MAHU DIHINA...

Kalau tidak mahu dikeji, dihina, ditindas dan dipijak, janganlah berkelakuan seperti siamang mengamuk tunjuk kuat di tengah jalan. Buat digelak dek orang saja.
Sebaliknya perkemaskan keperibadian. Bertindak dan berfikirlah sebagai satu masyarakat yang tinggi adabnya, mulia akhlaknya, adil dalam tindak-tanduknya, amanah dalam urusannya. Jadilah satu masyarakat yang tinggi pengetahuannya, mahir dalam pekerjaannya dan bijaksana dalam kepimpinannya.
Pendek kata, jadilah contoh dan teladan. Jadilah sebuah masyarakat yang sesuai dengan hak-hak istimewa yang telah diberikan. Inilah cara supaya masyarakat Melayu tidak dikeji, dihina, ditindas dan dipijak. Ia bermula dengan diri sendiri. Adakah kamu bersedia untuk menggalas tanggung jawab ini?
Mulai hari ini, hentikanlah juga berkiblatkan pemimpin yang korup tetapi masih berbaju kot dan bertali leher. Hentikanlah juga berkiblatkan pemimpin yang sanggup menunggang agamanya demi kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment